Sabtu, 10 Desember 2011

Belajarlah Dari Wonder Pets


Siri kartun yang sangat digemari dan berpengaruh selepas animasi Upin dan Ipin adalah Wonder Pets. Boleh saya katakan setiap kanak-kanak mengenali setiap watak dalam siri kartun ini. Watak hamster sebagai Linny, kura-kura sebagai Tuck dan anak itik sebagai Ming Ming sangat mencuitkan hati anak-anak bila menontonnya. Walaupun penceritaannya ringkas dan berulang-ulang namun saya melihat ianya adalah satu kartun yang banyak memberi nilai dalam kehidupan kita seharian. Dan tidak ada dalam siri kartun yang lain begitu banyak elemen positif yang ditonjolkan. Jangan melihat ianya sekadar kartun tetapi mesej dan nilai seumpamanya amat perlu diterapkan dari kecil lagi.

Nilai-Nilai Positif

1.Mengajarkan kita tentang bekerjasama dalam apa jua perkara sama ada kecil atau besar.

2.Kalau ingin melakukan kebaikan jangan bertangguh.

3.Apabila niat baik untuk membantu orang lain pasti akan dipermudahkan.

4.Kecil dan lemah jika bersatu akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang besar.

5.Berbeda rupa bukan ukuran, tetapi nilai kemanusiaan adalah membantu ketika mereka memerlukan bantuan dan pertolongan.

6.Senantiasa menerima pendapat orang lain.

7.Menyokong jika pendapat itu benar dan logik tetapi tidak memperlekehkan jika pendapat yang diberikan tidak tepat.

8.Tidak pentingkan diri sendiri.

9.Kreativiti wujud bila semua orang cuba memberikan idea dan pendapat.

10.Kesatuan bermula sekurang-kurang dari 3 orang.

11.Jangan cepat putus asa. Sentiasa berusaha yang termampu untuk menyelesaikan masalah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar